Tuesday 19 April 2011

renung2kn shbatku skalian....

Kau sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti engkau, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika aku mengatakan cinta yang engkau dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk kau jadikan role model? Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang kau kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!
"Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah engkau. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan engkau. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"

"Kau terlalu naif!" lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!" 

"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu?  Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!


"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya.

"Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."

6 comments:

  1. Assalamualaikum..

    jzkallah ats perkgsian..entry yg menarik dan berinfo.cinta dunia xmembawa kita kemana andai tidak dilampirkan skali dgn lampiran cinta hakiki kpd si DIA..

    p/s::slm ziarah..trima ksh krn sudi follow blog mujahid cinta..

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam...tq krn sdi mgunjung blog ini...sme2 la kte jdikn iktbar sbg pguat seorg musafir mukminah spt kte...

    P/s:sme2...salam ukhuwah fillah...:-)

    ReplyDelete
  3. fes tyme doe adek aku pndai berkata2...hihihih..

    ReplyDelete
  4. lwakla ak yg wt bnd alah ni...ni copypaste jer oet...pstu edit2 sket...:-P

    ReplyDelete
  5. terima kasih ats perkongsian ini..

    rasa hati yang xkeruan sejak semalam makin sembuh bila membaca entry ini.. terima ksh ..^_^

    ReplyDelete
  6. welcome...
    alhamdulillah...sy bleh kngsi bnd ni...biase r kte prmpuan...mst mdh tsntuh...:)
    sy bsyukur cz bnd ni dpt bg manfaat pd saudari...

    ReplyDelete