Tuesday 4 December 2012

CinTa

Assalamualaikum :)
kembali menulis. hehehe. biasanya saya kembali menulis kalau ada pengalaman yang ingin dikongsi.
memandangkan umur saya bakal menginjak 17 tahun dua bulan lagi pelbagai ceritera serta pengalaman yang saya dah belajar dan peroleh. remaja seusia saya begitu lumrah dengan istilah bercinta atau couple. tetapi kebanyakan percintaan di alam sekolah jarang yang bertahan. pasti kecewa di pertengahan perjalanan . ini akan mengundang kekecewaan bukan ? saya terbaca sebuah majalah Haluan edisi cinta m/s 30 & 31, Menurut Elizabeth Kubler Ross dari sudut psikologi individu yang mengalami putus cinta akan menghadapi 5 keperitan .

jom kita tengok kelima-lima keperitan tersebut, mana tau anda pernah terkena.

  1.  terkejut dan tidak boleh menerima 
  2. marah kepada diri atau yang lain 
  3. sangat mengharap hubungan terjalin kembali
  4. kemurungan 
  5. terpaksa berusaha menerima kenyataan


namun bukan perihal keperitan ini yang saya ingin bincangkan. saya nak ajak diri saya dan anda melihat cara kita menghadapi keperitan ini.  kalau 5 keperitan s kita akan dapat balik 5 .

1. Jangan berdukacita .
  - bangunlah bangkitlah, pandang ia dari sudut positif, mungkin ini cara Allah nak menyedarkan kita dari mimpi2 indah yang palsu tu. jangan berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita.

2. Belajarlah untuk mengekspresi apa yang dialami .
 - kita ada pelbagai cara untuk melegakan rasa kesedihan. mungkin dengan meluahkan apa yang kita rasa kat seseorang tetapi biarlah seseorang yang boleh dipercayai. dan orang tersebut mempunyai kefahaman agama serta mengambil islam secara menyeluruh.

3. terimalah kenyataan.
 - untuk menerima keadaan ni memang sukar. namun kita sebagai pemilik hati haruslah membimbing hati untuk menerima hakikat ni, ini lebih baik dilakukan berbanding kita terus meratap .

4. melibatkan diri dengan orang yang soleh.
 - libatkan diri dengan majlis2 ilmu

5. Ceritalah dengan Allah dan hayati kalamullah.
 - ini cara paling berkesan. nikmatnya menangis di hadapan Allah. :) , dengan tu baru kita dapat lihat hikmahnya ujian kita pututs cinta. sbb kita dengan Allah akan jadi lebih rapat, menggantikan waktu ketika kita melupakan Allah saat bersama si dia.  

oleh itu teman, jelaslah setiap yang berlaku ada hikmahnya. harapnya selepas kita putus cinta, kita lebih fokuskan diri untuk beribadah kepada Allah. jangan lagi mengharap pada cinta dunia yang penuh dengan maksiat. lagi pun belum masanya kita membicarakan perihal cinta. belajar. SPM . :)

rujuk surah An-Nur (24) : 26 .

waallahualam. sekian sahaja, :)

 

Wednesday 3 October 2012

kawan lagi. tapii .

haii. Assalamualaikum. *buat muka comel.
okay. sementara ada kelapangan ni *maklumlah saya ni golongan profesional tak addicted sgt dgn sosial network 24 jam* , saya ingin mengutarakan satu tajuk yang saya kira lumrah dalam kehidupan masyarakat .
kawan makan kawan? kawan jadi lawan ? kawan talam dua muka ? haven't you alls dengar such thing like thats? jom kita kaji kenapa benda-2 ni boleh jadi. why? takdir. no. no. no. kita boleh usaha untuk mengelakkan dari benda camni jadi.okay ni saya ketengahkan sebab2 terjadinya perkara sebegini berdasarkan pemerhatian saya .
  • sebab orang ketiga. Orang ketiga ni maybe jealous tengok anda dan rakan2 comel anda rapat. maka terjadilah cerita yang tak sedap di dengar. cara penyampaian berbeza mengikut individu.
  • the most common sebab sesuatu perhubungan renggang ialah kita menceritakan keburukan kawan kita, Kalau kita dah tau aib seseorang especially kawan rapat kita , janganlah di hebohkan satu dunia. ingatlah jika kita membuka aib manusia di dunia Allah akan membuka Aib kita di akhirat kelak . so, beringatlah sahabat. ^_^
  • kadang2 ada certain orang tengah yang harapkan pagar, pagar makan padi. bila dia diharap untuk membantu menjalinkan kembali ukhuwah namun orang tengah tu yang membuatkan keadaan getting worse, tak baik la. ish2 

okey ni antara sebab yang nyata saya perhatikan, namun ada lebih banyak faktor. nasihat saya kepada rakan-2 yang mengalami situasi ini, bawa la berbincang, usaha la selamatkan persahabatan yang terjalin.
jangan la mengutuk each other, jangan jadi hipokrit depan bermanis muka belakang kutuk2, tak kurang juga yang minta simpati. tak rasa rugi ke persahabatan yang lama terjalin terputus dek kerana amarah, dan hasutan syaitan. think positive laa. :))
sekian , itu sahaja sedikit coretan dari tinta saya.

Friday 21 September 2012

berjalan.

Salam jumaat.
hari ni dah bulan 9.
means dah 9 bulan aku bergelar pelajar tingkatan 4.
akak senior. :)) .
dalam masa yang sama dah dua bulan aku biarkan blog ni terbiar tanpa penghuni.
dalam tempoh yang panjang ni, pelbagai ujian yang aku peroleh.
ini menunjukkan betapa kasihnya Dia pada hambanya yg sorang ni. korang ada? ;P
okey. straight to the point.



nak cerita pasal dua orang sahabat yg sentiasa berada disisi aku ketika susah dan senang.
yang aku dah anggap diorang mcm adk beradik sendiri
mereka berdua datang dari latar belakang keluarga yang berbeza,
sorang dari family yg bahagia, tapi yg lagi sorang dari keluarga yg broken.
secara jujurnya bersahabat dgn mereka memberi aku berjuta pengalaman.
lebih2 lagi dgn shabat yang dari broken family tu.
dari luahan2 masalah dia, aku dapat menilai bahawa dalam dunia ni
seberat mana ujian yang Allah bagi kat kita, ada lagi  hambanya yang dapat ujian lagi berat dari kita.
beberapa saat yg lepas, sahabat aku tu bagitau yg dia akan move, punca dr masalh family dia .
serius sedih sangat :'( .
tapi untuk mengelakkan rasa sedih ni terpancar and untuk menyedapkan hati aku , aku bgtau dia yang dia kena yakin dengan perancangan Allah. ada hikmahnya semua terjadi.
aku kagum dengan dia, walaupun dia ada masalah dia xpernah buat muka badmood, dia akan cuba untuk tersenyum n kalau ada kawan2 dia yg dlm masalah dia akn cuba untuk membantu walaupun dia dilanda masalah yg lebih besar dari kawan dia, kadang2 masalah dia memberi kesan kat pelajaran dia. Aku doakan agar kami semua sentiasa di bawah lembayung rahmat n redha Allah serta diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang bakal menjelma.
 aku bersyukur dapat sahabat macam dia,
semoga persahabatan antara kami semua kekal sampai syurga, <3



p/s : aku nak tulis blog perlukan masa yang panjang n idea yang banyak. aku tak kreatif macam Mr.K. :D


Saturday 14 July 2012

kasih sayang-Nya

Assalamualaikum..rasa dah lama tak update blog.
alhamdulillah aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mengukir tinta lagi.

dan dgn kerana rahmat kasih sayangnya aku masih lagi mampu bernafas di atas muka bumi. dan dikurniakan nikmat iman dan islam. serta mengharungi ujian2 dari-Nya lagi.