Sunday 20 January 2013

sampaikanlah walau satu ayat .

Assalamualaikum . semoga para pembaca setia blog CSI sihat dan sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah.
Alhamdulillah 2012 telah melabuhkan tirainya. 2012 menyimpan pelbagai cerita buat diri kita semua. yang lepas biarlah menjadi pengalaman yang berharga yang mampu membantu kita menghadapi hari yang mendatang. seorang muslim yang baik ialah apabila hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ni.
Memandangkan kita telah memasuki bln januari 2013, pelbagai perancangan , belanjawan *okey tetibe masuk akaun* kita telah rancangkan. Semoga tahun ni semuanya berjalan lancar.






Sememangnya kita sedia maklum Islam itu agama yang benar. yang benar2 di terima di sisi Allah.
Tanggungjawab kita sbgai muslim ialah mengenal Allah.
dengan mengenal Allah, baru hati ni yakin, sebenar-benarnya yakin , percaya dengan kekuasaan, kebesaran Allah.

ketahuilah saudaraku,


Dengan mengenal Allah kita dapat
  • meningkatkan keimanan &ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
     - melalui perkenalan ini membuatkan kita tidak terikat dengan sebarang kebergantungan kepada yang lain selain Allah.
     - Apabila kita melakukan dosa, sama seperti menzalimi diri sendiri.

  • memperoleh ketenangan jiwa.
      -kita yakin dengan Allah , Dia yang mengatur dan melindungi diri kita.
      - dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang - biasa dengar ayat ini bukan ?

  •  kehidupan yang baik .
      -walau apa pun yang kita lakukan pastikan niat kita betul . ikhlas itu amat penting dalam kehidupan seharian kita. kadang-2 kerana niat yang salah sikit je sia-2 amalan kita. Nauzubillah.


setakat ini sahaja perkongsian yang saya mampu kongsikan bersama rakan-2 sekalian, masa begitu pantas berlalu. maklumlah kiamat semakin hampir. sesungguhnya yang lemah itu datang dari diri saya. mohon jika ada silap dan salah dalam penulisan ini ada sahabat yang sudi betulkan. waallahualam.




Tuesday 4 December 2012

CinTa

Assalamualaikum :)
kembali menulis. hehehe. biasanya saya kembali menulis kalau ada pengalaman yang ingin dikongsi.
memandangkan umur saya bakal menginjak 17 tahun dua bulan lagi pelbagai ceritera serta pengalaman yang saya dah belajar dan peroleh. remaja seusia saya begitu lumrah dengan istilah bercinta atau couple. tetapi kebanyakan percintaan di alam sekolah jarang yang bertahan. pasti kecewa di pertengahan perjalanan . ini akan mengundang kekecewaan bukan ? saya terbaca sebuah majalah Haluan edisi cinta m/s 30 & 31, Menurut Elizabeth Kubler Ross dari sudut psikologi individu yang mengalami putus cinta akan menghadapi 5 keperitan .

jom kita tengok kelima-lima keperitan tersebut, mana tau anda pernah terkena.

  1.  terkejut dan tidak boleh menerima 
  2. marah kepada diri atau yang lain 
  3. sangat mengharap hubungan terjalin kembali
  4. kemurungan 
  5. terpaksa berusaha menerima kenyataan


namun bukan perihal keperitan ini yang saya ingin bincangkan. saya nak ajak diri saya dan anda melihat cara kita menghadapi keperitan ini.  kalau 5 keperitan s kita akan dapat balik 5 .

1. Jangan berdukacita .
  - bangunlah bangkitlah, pandang ia dari sudut positif, mungkin ini cara Allah nak menyedarkan kita dari mimpi2 indah yang palsu tu. jangan berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita.

2. Belajarlah untuk mengekspresi apa yang dialami .
 - kita ada pelbagai cara untuk melegakan rasa kesedihan. mungkin dengan meluahkan apa yang kita rasa kat seseorang tetapi biarlah seseorang yang boleh dipercayai. dan orang tersebut mempunyai kefahaman agama serta mengambil islam secara menyeluruh.

3. terimalah kenyataan.
 - untuk menerima keadaan ni memang sukar. namun kita sebagai pemilik hati haruslah membimbing hati untuk menerima hakikat ni, ini lebih baik dilakukan berbanding kita terus meratap .

4. melibatkan diri dengan orang yang soleh.
 - libatkan diri dengan majlis2 ilmu

5. Ceritalah dengan Allah dan hayati kalamullah.
 - ini cara paling berkesan. nikmatnya menangis di hadapan Allah. :) , dengan tu baru kita dapat lihat hikmahnya ujian kita pututs cinta. sbb kita dengan Allah akan jadi lebih rapat, menggantikan waktu ketika kita melupakan Allah saat bersama si dia.  

oleh itu teman, jelaslah setiap yang berlaku ada hikmahnya. harapnya selepas kita putus cinta, kita lebih fokuskan diri untuk beribadah kepada Allah. jangan lagi mengharap pada cinta dunia yang penuh dengan maksiat. lagi pun belum masanya kita membicarakan perihal cinta. belajar. SPM . :)

rujuk surah An-Nur (24) : 26 .

waallahualam. sekian sahaja, :)

 

Wednesday 3 October 2012

kawan lagi. tapii .

haii. Assalamualaikum. *buat muka comel.
okay. sementara ada kelapangan ni *maklumlah saya ni golongan profesional tak addicted sgt dgn sosial network 24 jam* , saya ingin mengutarakan satu tajuk yang saya kira lumrah dalam kehidupan masyarakat .
kawan makan kawan? kawan jadi lawan ? kawan talam dua muka ? haven't you alls dengar such thing like thats? jom kita kaji kenapa benda-2 ni boleh jadi. why? takdir. no. no. no. kita boleh usaha untuk mengelakkan dari benda camni jadi.okay ni saya ketengahkan sebab2 terjadinya perkara sebegini berdasarkan pemerhatian saya .
  • sebab orang ketiga. Orang ketiga ni maybe jealous tengok anda dan rakan2 comel anda rapat. maka terjadilah cerita yang tak sedap di dengar. cara penyampaian berbeza mengikut individu.
  • the most common sebab sesuatu perhubungan renggang ialah kita menceritakan keburukan kawan kita, Kalau kita dah tau aib seseorang especially kawan rapat kita , janganlah di hebohkan satu dunia. ingatlah jika kita membuka aib manusia di dunia Allah akan membuka Aib kita di akhirat kelak . so, beringatlah sahabat. ^_^
  • kadang2 ada certain orang tengah yang harapkan pagar, pagar makan padi. bila dia diharap untuk membantu menjalinkan kembali ukhuwah namun orang tengah tu yang membuatkan keadaan getting worse, tak baik la. ish2 

okey ni antara sebab yang nyata saya perhatikan, namun ada lebih banyak faktor. nasihat saya kepada rakan-2 yang mengalami situasi ini, bawa la berbincang, usaha la selamatkan persahabatan yang terjalin.
jangan la mengutuk each other, jangan jadi hipokrit depan bermanis muka belakang kutuk2, tak kurang juga yang minta simpati. tak rasa rugi ke persahabatan yang lama terjalin terputus dek kerana amarah, dan hasutan syaitan. think positive laa. :))
sekian , itu sahaja sedikit coretan dari tinta saya.

Friday 21 September 2012

berjalan.

Salam jumaat.
hari ni dah bulan 9.
means dah 9 bulan aku bergelar pelajar tingkatan 4.
akak senior. :)) .
dalam masa yang sama dah dua bulan aku biarkan blog ni terbiar tanpa penghuni.
dalam tempoh yang panjang ni, pelbagai ujian yang aku peroleh.
ini menunjukkan betapa kasihnya Dia pada hambanya yg sorang ni. korang ada? ;P
okey. straight to the point.



nak cerita pasal dua orang sahabat yg sentiasa berada disisi aku ketika susah dan senang.
yang aku dah anggap diorang mcm adk beradik sendiri
mereka berdua datang dari latar belakang keluarga yang berbeza,
sorang dari family yg bahagia, tapi yg lagi sorang dari keluarga yg broken.
secara jujurnya bersahabat dgn mereka memberi aku berjuta pengalaman.
lebih2 lagi dgn shabat yang dari broken family tu.
dari luahan2 masalah dia, aku dapat menilai bahawa dalam dunia ni
seberat mana ujian yang Allah bagi kat kita, ada lagi  hambanya yang dapat ujian lagi berat dari kita.
beberapa saat yg lepas, sahabat aku tu bagitau yg dia akan move, punca dr masalh family dia .
serius sedih sangat :'( .
tapi untuk mengelakkan rasa sedih ni terpancar and untuk menyedapkan hati aku , aku bgtau dia yang dia kena yakin dengan perancangan Allah. ada hikmahnya semua terjadi.
aku kagum dengan dia, walaupun dia ada masalah dia xpernah buat muka badmood, dia akan cuba untuk tersenyum n kalau ada kawan2 dia yg dlm masalah dia akn cuba untuk membantu walaupun dia dilanda masalah yg lebih besar dari kawan dia, kadang2 masalah dia memberi kesan kat pelajaran dia. Aku doakan agar kami semua sentiasa di bawah lembayung rahmat n redha Allah serta diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang bakal menjelma.
 aku bersyukur dapat sahabat macam dia,
semoga persahabatan antara kami semua kekal sampai syurga, <3



p/s : aku nak tulis blog perlukan masa yang panjang n idea yang banyak. aku tak kreatif macam Mr.K. :D


Saturday 14 July 2012

kasih sayang-Nya

Assalamualaikum..rasa dah lama tak update blog.
alhamdulillah aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mengukir tinta lagi.

dan dgn kerana rahmat kasih sayangnya aku masih lagi mampu bernafas di atas muka bumi. dan dikurniakan nikmat iman dan islam. serta mengharungi ujian2 dari-Nya lagi.


Thursday 29 December 2011

suratan Allah terselit hikmah.

Tuhan pada-Mu ada kedamaian


Diribaan-Mu kebahagiaan


Tiada lagi rasa kesangsian di hati


Cinta Mu cinta tulus suci murni

Kasih-Mu nan abadi


9 hari berlalu..
aku harus berani menghadapi hari2 mendatang,,mcm kata pepatah BERANI BUAT BERANI TANGGUNG..
sedih sangat..
alhamdulillah masih ada insan yg sayang aku menyokong dari belakang..
walaupun hanya PMR. tapi bagai satu tamparan yg besar..
perubahan 90 darjah. aku terlalu leka dengan hiburan dunia..
terleka seketika je. trus tergelincir..
aku memohon maaf kerana menghilangkn diri camtu je kat seorang sahabat tanpa notis apa2 kat dia. aku berdoa agar sentiasa diberi ketabahan dalam menghadapi ujian seterusnya..



Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya :')

Monday 28 November 2011

ya Allah

Ya Allah kau ampunkan segala dosa ku
dosa kedua ibu bapaku
dosa guru2 ku
dosa keluargaku
serta dosa umat islam samada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-MU 





kita tak boleh mengaku diri kita betul2 beriman selagi kita tak diuji.
 huhu. ye memang aku sedang di uji ketika ni. aku mohon pada Allah berikan aku kekuatan iman untuk menghadapinya..
telah menjadi lumrah kehidupan insan, apabila bahagia bersama kita melupakan Allah.
Apabila ujian datang menyapa baru la teringat kt Allah.
tu la salah satu hikmah ujian tu sendiri. supaya kita lebih rapat @ intim dgn Allah.
kita tak boleh mengharapkan manusia untuk mengadu masalah kerana manusia ada masalah tersendiri. 
mungkin mudah utk orang berkata macam ni

" kalau awak ada masalah,mengadu la kt Allah,muhasabah diri."
  
tetapi susah utk di praktikkan bagi mereka yang biasa mengadu masalah kepada manusia.





pendapat aku untuk menghadapi situasi sebegini,
kita kena buat perlahan2.
etc: kalau ada masalah biasakan tak beritahu sesiapa. hanya mgadu pada Allah. buat macam tu utk masalah2 seterusnya. InsyaAllah akan berjaya,,
 
kerana aku juga pernah berhadapan situasi sebegitu. :)

Thursday 17 November 2011

kata-kata

 Sudah sekian lama aku tak m'update blog ni. Akibat lupa password blog =.=", Alhamdulillah seorang sahabat sudi membantu aku,
 agaknya dah berapa generasi labah2 bersarang kt sini.?









Dalam kehidupan seharian kita menggunakan pelbagai kata-kata.
 Kadang kala kata-kata yang keluar dari bibir kita mampu membuat seseorang tersenyum.
 tapi ada kala juga mampu membuat seseorang bersedih atau terguris perasaan.

mungkin antonasi atau reaksi yang kita gunakan menyebabkan mereka terasa.
 sebenarnya aku nak mengulas lanjut pasal sesuatu yg terjadi kt aku . jeng2,
3hari lepas aku join satu kem anjuran sekolah. Allah izin aku jadi ketua kumpulan, begitu juga dgn kembar aku. tiba-tiba dia cakap 'weyh beeh ada budak form 2 kata muka ko kerek r "
 tersentak aku. aku sebolehnya taknak la aku ada pndgn buruk di mata diorang. jaga reputasi :) huhu.
aku pun pegi la tegur budak tu. 'dik,kenapa kata muka akak kerek'
lalu dia menjawab dgn muka takut2 "sebab muka akak garang, tak macam kembar akak"
Gulp..:3. dan aku berazam utk sentiasa bermanis muka agar orang tak bersangka buruk kt aku. tahun depan dh form 4, sebagai calon senior mithali kena bg adk2 baik dgn kita dan memudahkan segala kerja yang memerlukan kerjasama semua pihak,
  # da out of topic ni #
 hahhaha.
 insyaAllah panjang umur aku akan terus mencoret pengajaran bersama. :D