Tuesday 4 December 2012

CinTa

Assalamualaikum :)
kembali menulis. hehehe. biasanya saya kembali menulis kalau ada pengalaman yang ingin dikongsi.
memandangkan umur saya bakal menginjak 17 tahun dua bulan lagi pelbagai ceritera serta pengalaman yang saya dah belajar dan peroleh. remaja seusia saya begitu lumrah dengan istilah bercinta atau couple. tetapi kebanyakan percintaan di alam sekolah jarang yang bertahan. pasti kecewa di pertengahan perjalanan . ini akan mengundang kekecewaan bukan ? saya terbaca sebuah majalah Haluan edisi cinta m/s 30 & 31, Menurut Elizabeth Kubler Ross dari sudut psikologi individu yang mengalami putus cinta akan menghadapi 5 keperitan .

jom kita tengok kelima-lima keperitan tersebut, mana tau anda pernah terkena.

  1.  terkejut dan tidak boleh menerima 
  2. marah kepada diri atau yang lain 
  3. sangat mengharap hubungan terjalin kembali
  4. kemurungan 
  5. terpaksa berusaha menerima kenyataan


namun bukan perihal keperitan ini yang saya ingin bincangkan. saya nak ajak diri saya dan anda melihat cara kita menghadapi keperitan ini.  kalau 5 keperitan s kita akan dapat balik 5 .

1. Jangan berdukacita .
  - bangunlah bangkitlah, pandang ia dari sudut positif, mungkin ini cara Allah nak menyedarkan kita dari mimpi2 indah yang palsu tu. jangan berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita.

2. Belajarlah untuk mengekspresi apa yang dialami .
 - kita ada pelbagai cara untuk melegakan rasa kesedihan. mungkin dengan meluahkan apa yang kita rasa kat seseorang tetapi biarlah seseorang yang boleh dipercayai. dan orang tersebut mempunyai kefahaman agama serta mengambil islam secara menyeluruh.

3. terimalah kenyataan.
 - untuk menerima keadaan ni memang sukar. namun kita sebagai pemilik hati haruslah membimbing hati untuk menerima hakikat ni, ini lebih baik dilakukan berbanding kita terus meratap .

4. melibatkan diri dengan orang yang soleh.
 - libatkan diri dengan majlis2 ilmu

5. Ceritalah dengan Allah dan hayati kalamullah.
 - ini cara paling berkesan. nikmatnya menangis di hadapan Allah. :) , dengan tu baru kita dapat lihat hikmahnya ujian kita pututs cinta. sbb kita dengan Allah akan jadi lebih rapat, menggantikan waktu ketika kita melupakan Allah saat bersama si dia.  

oleh itu teman, jelaslah setiap yang berlaku ada hikmahnya. harapnya selepas kita putus cinta, kita lebih fokuskan diri untuk beribadah kepada Allah. jangan lagi mengharap pada cinta dunia yang penuh dengan maksiat. lagi pun belum masanya kita membicarakan perihal cinta. belajar. SPM . :)

rujuk surah An-Nur (24) : 26 .

waallahualam. sekian sahaja, :)