Friday 21 September 2012

berjalan.

Salam jumaat.
hari ni dah bulan 9.
means dah 9 bulan aku bergelar pelajar tingkatan 4.
akak senior. :)) .
dalam masa yang sama dah dua bulan aku biarkan blog ni terbiar tanpa penghuni.
dalam tempoh yang panjang ni, pelbagai ujian yang aku peroleh.
ini menunjukkan betapa kasihnya Dia pada hambanya yg sorang ni. korang ada? ;P
okey. straight to the point.



nak cerita pasal dua orang sahabat yg sentiasa berada disisi aku ketika susah dan senang.
yang aku dah anggap diorang mcm adk beradik sendiri
mereka berdua datang dari latar belakang keluarga yang berbeza,
sorang dari family yg bahagia, tapi yg lagi sorang dari keluarga yg broken.
secara jujurnya bersahabat dgn mereka memberi aku berjuta pengalaman.
lebih2 lagi dgn shabat yang dari broken family tu.
dari luahan2 masalah dia, aku dapat menilai bahawa dalam dunia ni
seberat mana ujian yang Allah bagi kat kita, ada lagi  hambanya yang dapat ujian lagi berat dari kita.
beberapa saat yg lepas, sahabat aku tu bagitau yg dia akan move, punca dr masalh family dia .
serius sedih sangat :'( .
tapi untuk mengelakkan rasa sedih ni terpancar and untuk menyedapkan hati aku , aku bgtau dia yang dia kena yakin dengan perancangan Allah. ada hikmahnya semua terjadi.
aku kagum dengan dia, walaupun dia ada masalah dia xpernah buat muka badmood, dia akan cuba untuk tersenyum n kalau ada kawan2 dia yg dlm masalah dia akn cuba untuk membantu walaupun dia dilanda masalah yg lebih besar dari kawan dia, kadang2 masalah dia memberi kesan kat pelajaran dia. Aku doakan agar kami semua sentiasa di bawah lembayung rahmat n redha Allah serta diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang bakal menjelma.
 aku bersyukur dapat sahabat macam dia,
semoga persahabatan antara kami semua kekal sampai syurga, <3



p/s : aku nak tulis blog perlukan masa yang panjang n idea yang banyak. aku tak kreatif macam Mr.K. :D


No comments:

Post a Comment